Daftar Masuk

Saringan Awal Pensijilan Halal (i-HaQ)

Pertanyaan

 Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

Tingkat 4, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

 05-208 4907

 05-241 0406

Manual Pengguna

 Muat turun disini

Syarat Permohonan

Pemohon atau pengilang hendaklah:

  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Suruhanjaya Koperasi Malaysia / lain-lain agensi kerajaan;
  2. Mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / surat akuan dari agensi kerajaan;
  3. Beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat;
  4. Mengeluar dan/ atau mengendalikan produk halal sahaja serta mematuhi standard halal yang ditetapkan;
  5. Memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai sijil pengesahan halal yang diiktiraf;
  6. Memohon semua jenis produk/ menu yang dikeluarkan di kilang/ premis berkenaan;
  7. Permohonan bagi pembungkusan semula (repacking) hendaklah mengemukakan sijil halal yang diiktiraf bagi produk tersebut; dan
  8. Permohonan yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:
    • Produk yang tidak halal;
    • Sebarang permohonan yang tidak mempunyai standard rujukan/ garis panduan;
    • Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
    • Penggunaan jenama yang sama bagi produk halal dan tidak halal;
    • Produk/ premis makanan yang memberi implikasi negatif terhadap agama dan sosial (contoh: pusat karaoke, pusat hiburan, dadah, rokok, pewarna rambut, pewarna kuku dan lain-lain);
    • Produk semulajadi yang tidak melibatkan sebarang proses seperti ikan segar, sayur-sayuran segar, telur segar (fresh egg) dan seumpama dengannya;
    • Baja dan makanan binatang;
    • Pinggan mangkuk;
    • Kertas
    • Produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew dan seumpama dengannya;
    • Produk siap dalam dan luar negara yang dilabel semula (relabelling) tanpa menjalani apa-apa proses di Malaysia;
    • Dapur/ premis makanan/ perkhidmatan penyajian makanan yang menyediakan makanan yang haram dari segi Syarak;
    • Produk yang masih dalam peringkat awal penyelidikan dan pembangunan (R&D);
    • Produk yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah, perkara khurafat dan penipuan; dan
    • Hotel yang mempunyai dapur yang menyediakan menu berasaskan babi.
  9. Tanpa mengambil kira produk yang tidak halal, produk-produk yang tidak mempunyai standard rujukan/ garis panduan yang menepati kriteria sepereti di bawah boleh dipertimbangkan:
    • Mempunyai direct contact dengan makanan;
    • Wujud keraguan pada sumber bahan pembuatan/ ramuan yang kemungkinan dari sumber halal atau tidak halal;
    • Digunakan sebagai bahan bantuan pemprosesan (processing aids) dalam proses pembuatan makanan; dan
    • Tidak menimbulkan kekeliruan jika dipersijilkan.
      Contohnya: penapis air; sabun pencuci; surface sanitizer; lubricant (food grade); bleaching earth; tawas dan gas.