Info Portal Perak Digital

Pengenalan

Portal Perak Digital merupakan platform perkhidmatan atas talian (e-perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perak yang disediakan secara percuma kepada seluruh rakyat. Portal ini merupakan penambahbaikan kepada Portal Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak (GMR) sebelum ini.

Portal Perak Digital memautkan perkhidmatan kerajaan negeri dan agensi-agensinya termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan Negeri dengan menggunakan konsep Single Sign-On (SSO) melalui pendaftaran pengguna.

Aplikasi Perkhidmatan Kerajaan

Terdapat 4 aplikasi perkhidmatan kerajaan negeri yang dibangunkan secara berperingkat di dalam Portal Perak Digital yang boleh diakses oleh pengguna seperti berikut:

  1. S.M.A.R.T. Niaga & Perak
  2. Permohonan Jawatan Kosong
  3. Permohonan Latihan Industri
  4. Saringan Awal Pensijilan Halal (i-HaQ)

Kelebihan Portal

  1. Kemudahan Online Payment Gateway
  2. Aplikasi Mobile

Objektif Portal

Portal Perak Digital berhasrat memenuhi aspirasi Dasar Nasional Revolusi Industri 4.0 yang menggariskan automasi semua perkhidmatan kerajaan melalui Internet. Bagi mencapai hasrat itu, objektif-objektif yang mahu dicapai ialah seperti berikut:

  1. Menyempurnakan proses pendigitalan perkhidmatan awam kerajaan negeri yang sistematik dan terkini.
  2. Menaik taraf, menyatukan dan mengatur semula pelbagai initiatif agensi dan jabatan kerajaan negeri.
  3. Memberi imej positif terhadap agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri Perak.

Manfaat & Kelebihan Portal

  1. Menjadi saluran komunikasi alternatif kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan dan cadangan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dalam Portal Perak Digital.
  2. Merapatkan jurang digital di kalangan penduduk Negeri Perak dan meningkatkan peluang memperbaiki mutu literasi digital di kalangan rakyat.
  3. Mewujudkan saluran media sosial untuk melengkapkan khidmat Portal Perak Digital melalui facebook.